Langkah 3 ( 30 Minit )
Isi Pelajaran:
Aktiviti Pengukuhan
Menyanyi lagu “Kereta Kecil”
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon..pon..pon..pon… pon..,
Pon..pon pon..pon..pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:
Guru:
1. Meminta murid mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
2. Memberi peneguhan berbentuk pujian atas usaha mereka.
3. Menyanyi lagu “Kereta Kecilku”.
Murid:
1. Mempamerkan hasil kerja kepada rakan-rakan.
2. Menyanyi lagu “Kereta Kecilku” bersama guru.
3. Mengucap terima kasih atas pujian yang diberikan oleh guru.
ABM/Catatan:
- Senikata lagu
- Komputer
- CD lagu
No comments:
Post a Comment