Friday 16 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TUGASAN KPD3026

Rancangan Pengajaran Harian Tugasan KPD3026
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Tema Kenderaan
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Keronggu, Inanam

Klik pada rajah di atas untuk RPH lengkap

RINGKASAN AKTIVITI TUGASAN KPD3026

Ringkasan Aktiviti Tugasan KPD3026
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Tema Kenderaan
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Keronggu, Inanam


VIDEO P&P TUGASAN KPD3026

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Tema Kenderaan
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Keronggu, Inanam


STORY BOARD TUGASAN KPD3026

Klik rajah di atas untuk Story Board sepenuhnya

Friday 24 June 2011

Ringkasan Aktiviti

Rancangan Pengajaran Harian

Sila klik rajah untuk mendapatkan Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah : Tema Kenderaan Darat.



Set Induksi

Set Induksi ( 5 Minit ) 

Isi Pengajaran:
Penerangan dan bersoal jawab.

Contoh soalan :
1. Bunyi kenderaan apakah ini?
2. Apakah nama kenderaan ini?

Contoh jawapan:
1. Bunyi motorsikal
2. Motorsikal

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:

Guru:
1. Memperdengarkan bunyi kenderaan.
2. Bersoaljawab dengan murid.
3. Menerangkan tentang kenderaan darat.

Murid:
1. Mendengar bunyi kenderaan yang diperdengarkan oleh guru.
2. Menjawab dan member respon pada soalan guru.
3. Memberi perhatian pada penerangan guru.


ABM/Catatan:
- Komputer.
- CD Kenderaan. 
- Bunyi kenderaan (klik disini untuk muat turun bunyi kenderaan).

Langkah 1

Langkah 1 ( 10 Minit )

Isi Pelajaran:
Tayangan slide show jenis-jenis kenderaan darat.


Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:
Guru:
1.   Menayangkan slide show jenis-jenis kenderaan darat kepada murid.
2.   Guru meminta murid mendengar dan melihat tayangan tersebut.

Murid:
1.   Murid-murid melihat tayangan slide show dengan penuh perhatian.


ABM/Catatan:
-Kad begambar (klik disini untuk gambar kenderaan darat)
-Cd bunyi kenderaan
-Komputer


Langkah 2

Langkah 2 ( 10 Minit )

Isi Pengajaran:
Pembahagian kumpulan dan penerangan aktiviti.


Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:

a) Penerangan Aktiviti, Pembahagian Kumpulan dan Bahan

Guru:
1.   Membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan.
2.   Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu menghasilkan buku skrap / album
3.   kenderaan darat.
4.   Mengagihkan bahan dan peralatan kepada setiap kumpulan.

Murid:
1.   Bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.
2.   Mendengar arahan guru.


b) Pelaksanaan aktiviti

Guru:
1.   Membekalkan bahan dan peralatan untuk menghasilkan buku skrap.
2.   Memastikan semua murid mendapat bahan yang mencukupi.
3.   Memastikan murid-murid mengikut arahan.
4.   Membimbing murid menjalankan aktiviti dan menekankan sikap kerjasama dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti.

Murid:
1.   Memastikan kumpulan mendapat bahan dan peralatan yang mencukupi.
2.   Mengikut arahan guru.
3.   Bekerjasama dalam kumpulan.


ABM/Catatan:
-Gunting
-Gambar kenderaan
-Gam
-Album gambar

Langkah 3

Langkah 3 ( 30 Minit )

Isi Pelajaran:
Aktiviti Pengukuhan

Menyanyi lagu “Kereta Kecil”

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon..pon..pon..pon… pon..,
Pon..pon pon..pon..pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.


Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:
Guru:
1.       Meminta murid mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
2.       Memberi peneguhan berbentuk pujian atas usaha mereka.
3.       Menyanyi lagu “Kereta Kecilku”.

Murid:
1.   Mempamerkan hasil kerja kepada rakan-rakan.
2.   Menyanyi lagu “Kereta Kecilku” bersama guru.
3.   Mengucap terima kasih atas pujian yang diberikan oleh guru.

ABM/Catatan:
- Senikata lagu
- Komputer
- CD lagu



Penutup

Penutup ( 5 Minit )

Isi Pelajaran:
Aktiviti Pengukuhan


Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran:

Menyanyi lagu “Kereta Kecilku

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon..pon..pon..pon..pon,
Pon..pon..pon..pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.

Guru:
1.   Meminta murid mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
2.   Memberi peneguhan berbentuk pujian atas usaha mereka.
3.   Menyanyi lagu “Kereta Kecilku”.

Murid:
1.   Mempamerkan hasil kerja kepada rakan-rakan.
2.   Menyanyi lagu “Kereta Kecilku” bersama guru.
3.   Mengucap terima kasih atas pujian yang diberikan oleh guru.


ABM/Catatan:
- Senikata lagu
- Komputer
- CD lagu


Kuiz

Arahan : Sila Pilih Jawapan Yang Betul.


1. Kereta boleh terbang.
    Betul Salah
2. Lori mempunyai dua tayar.
    Betul Salah
3. Motorsikal boleh ditunggang oleh dua (2) orang.
    Betul Salah
4. Helikopter bukan kenderaan darat.
    Betul Salah
5. Basikal boleh digunakan untuk membawa barang yang berat.
    Betul Salah


Terima kasih atas penyertaan anda. Tahniah bagi yang memperoleh markah yang baik. Cuba lagi bagi yang memperoleh markah rendah. SEMOGA BERJAYA.


Thursday 23 June 2011

Permainan

Belajar Melalui Bermain: Bantu murid/anak anda mengenal kenderaan darat melalui permainan jigsaw puzzle. Klik pada gambar di bawah.


  

 Lebih banyak permainan kanak-kanak, sila layari http://www.thekidzpage.com